Pages

Thursday 7 November 2013

PANDANGAN ISOMETRIK

PENGENALAN

Lukisan pandangan isometrik bolehlah dianggapkan sebagai lukisan tigadimensi.
Ianya membantu untuk lebih memahami sesuatu rekabentuk objekdengan mudah. Pada pandangan – pandangan yang lain, biasanya objek dilukis dalam bentuk lukisan oblik, ortografik atau perspektif.
Bagi pandangan isometrik, objek dipegang condong pada suatu sudut. Dalam rajah 6.1 menunjukkan jenis – jenis pandangan sesuatu objek dalam lukisan kejuruteraan.

               (a) Pandangan Ortografik                                                   (b) Pandangan Isometrik




              (c) Pandangan Oblik                                                             (d) Pandangan Perspektif


Rajah 6.1 Jenis – jenis pandangan


HUBUNGKAIT LUKISAN ORTOGRAFIK DENGAN BENTUK OBJEK DALAM TIGA DIMENSI.

Lukisan ortografik adalah membantu untuk melukis pandangan isometriksupaya sesuatu objek sebenar dapat dilihat dan difahami dengan lebih mudah lagi. Dengan bantuan lukisan ortografik yang terdiri daripadapandangan pelan, hadapan dan sisi pandangan isometrik dengan mudahdapat digambarkan dan dilukiskan. Dalam rajah 6.3 menunjukkan lukisanortografik dengan bentuk dalam tiga dimensi. Semua contoh rajah dalam unit ini adalah unjuran sudut ketiga, kecuali jika dimaklumkan.





Rajah 6.3 Lukisan Ortografik dengan bentuk objek dalam tiga dimensi



KENALPASTI PERSAMAAN DAN PERBEZAAN ANTARA UNJURAN ORTOGRAFIK DENGAN PANDANGAN ISOMETRIK.

Di dalam lukisan kejuruteraan, unjuran ortografik dan pandangan isometrikadalah sangat memerlukan di antara satu dengan yang lain. Dengan itu,terdapat persamaan dan perbezaan di antara keduanya.

Persamaan di antara unjuran ortografik dengan pandangan isometrik.

Di antara persamaannya ialah unjuran ortografik mempunyai tiga pandangan iaitu pelan, hadapan dan sisi. Rajah 6.4 menunjukkan tiga pandangan dalam unjuran ortografik.




Rajah 6.4 Unjuran Ortografik mempunyai tiga pandangan



Dalam pandangan isometrik juga mempunyai tiga pandangan iaitu pandangan pelan, hadapan dan sisi. Rajah 6.5 di bawah menunjukkan pandangan isometrik yang dapat dilihat dari arah tiga pandangan.



Rajah 6.5 Pandangan Isometrik dari arah tiga pandangan


Perbezaan di antara unjuran ortografik dengan pandangan isometrik.

Di antara perbezaan yang dapat dilihat diantara unjuran ortografik dengan pandangan isometrik ialah objek yang sebenar. Di dalam unjuran ortografik, objek sebenar tidak dapat dilihat dengan jelas, kecuali pelukis yang mahir dalam teknikal sahaja yang dapat mengambarkan objek sebenar daripada unjuran ortografik. Rajah 6.6 menunjukkan unjuran ortografik yang hanya membayangkan objek sebenar.




Rajah 6.6 Unjuran ortografik dalam membantu melukis objek sebenar


Dalam pandangan isometrik, objek sebenar dapat dilihat denganmudah dan pandangan pelan, hadapan dan sisi dapat diperhatikan dengan jelas dalam membantu memahami objek sebenar itu lagi. Rajah 6.7 menunjukkan pandangan isometrik yang mengambarkan  suatu objek sebenar.


Rajah 6.7 Pandangan Isometrik yang mengambarkan objek sebenar.




1 comment: