Pages

Tuesday 5 November 2013

PENGENALAN LUKISAN KEJURUTERAAN

1 ) Secara teknikalnya lukisan kejuruteraan boleh dipecahkan kepada dua iaitu:

a) Lukisan Mesin

Iaitu lukisan pemasangan yang dikhususkan kepada proses mencantum dan membuka komponen untuk memenuhi tujuan pembuatan, selenggaraan atau persembahan.

b) Lukisan kerja

Iaitu lukisan yang menerangkan dengan terperinci bagaimana sesuatu komponen itu harus dihasilkan dan apakah yang patut dicapai oleh sesuatu pengeluaran itu. 

2) Lukisan ini juga menunjukkan sifat akhir sesuatu komponen. Lukisan ini termasuklah Lukisan Terperinci, Lukisan Butir, Lukisan Bahagian-bahagian dan Lukisan Pembuatan.

3) Orang-orang yang mempraktikkan seni ini dikenali sebagai pelukis plan. Sebelum komputer berkembang pesat kebanyakan lukisan kejuruteraan dilukis secara insani (Manual). Dewasa ini tugas melukis dipermudahkan dengan kewujudan sistem Reka bentuk Terbantu Komputer. Namun sama ada sesuatu lukisan itu dilukis secara insani atau dengan bantuan komputer, lukisan berkenaan hendaklah mempunyai ciri Keboleh hasilan semula yang baik, serta mematuhi spesifikasi lukisan dan piawaian lukisan kejuruteraan tertentu yang telah ditetapkan.

4) Ketepatan 
  • Setiap lukisan kejuruteraan hendaklah dibuat dengan mengikut ukuran yang tepat. Ini termasuk ketepatan ukuran saiz dan menggunakan jenis – jenis garisan mengikut jenis pensel ataupun sepertimana yang telah ditentukan.
5) Teknik Melukis
  • Lukisan hendaklah dilukis mengikut teknik –teknik yang telah ditetapkan termasuk teknik membina garisan, cara membentuk objek supaya lukisan kelihatan lebih jelas dan mudah difahami.
6) Kebersihan Lukisan
  • Setiap pelukis mestilah menanamkan perasaan untuk menghargai lukisan yang dibuatnya. Dengan itu pelukis akan lebih berhati – hati semasa membuat lukisan dengan mengambil kira langkah – langkah tertentu termasuk cara pengendalian alatan lukisan untuk memastikan kekemasan dan kebersihan lukisannya.
7) Kepantasan Menyiapkan Lukisan
  • Amalan melukis dengan pantas dan dalam jangka waktu yang tertentu akan menghasilkan seseorang pelukis yang produktif dan berkeupayaan tinggi. Namun aspek ini tidak seharusnya mengenepikan ciri – ciri lukisan kejuruteraan yang memerlukan kemahiran – kemahiran tertentu.
8) Objektif
  • Di akhir unit ini anda sepatutnya dapat:
  • Mengenalpasti peralatan lukisan kejuruteraan dan mengetahui cara menggunakannya.
  • Membina jenis – jenis garisan dalam lukisan kejuruteraan dengan ciri – ciri yang piawai.
  • Membina lukisan kejuruteraan dengan berpandukan piawaian am yang betul.











No comments:

Post a Comment