PENGENALAN
Lukisan pandangan isometrik bolehlah dianggapkan sebagai
lukisan tigadimensi.
Ianya membantu untuk lebih memahami sesuatu rekabentuk
objekdengan mudah. Pada pandangan – pandangan yang lain, biasanya objek
dilukis dalam bentuk lukisan oblik, ortografik atau perspektif.
Bagi
pandangan isometrik, objek dipegang condong pada suatu sudut. Dalam rajah
6.1 menunjukkan jenis – jenis pandangan sesuatu objek dalam
lukisan kejuruteraan.(a) Pandangan Ortografik (b) Pandangan Isometrik
(c) Pandangan Oblik (d) Pandangan Perspektif
Rajah 6.1 Jenis – jenis pandangan
HUBUNGKAIT LUKISAN ORTOGRAFIK DENGAN BENTUK OBJEK DALAM
TIGA DIMENSI.
Lukisan
ortografik adalah membantu untuk melukis pandangan isometriksupaya sesuatu
objek sebenar dapat dilihat dan difahami dengan lebih mudah lagi. Dengan bantuan
lukisan ortografik yang terdiri daripadapandangan pelan, hadapan dan sisi
pandangan isometrik dengan mudahdapat digambarkan dan dilukiskan. Dalam rajah
6.3 menunjukkan lukisanortografik dengan bentuk dalam tiga dimensi. Semua
contoh rajah dalam unit ini adalah unjuran sudut ketiga, kecuali jika
dimaklumkan.
Rajah 6.3 Lukisan Ortografik dengan bentuk objek
dalam tiga dimensi
KENALPASTI PERSAMAAN DAN PERBEZAAN ANTARA UNJURAN
ORTOGRAFIK DENGAN PANDANGAN ISOMETRIK.
Di dalam lukisan kejuruteraan, unjuran ortografik dan
pandangan isometrikadalah sangat memerlukan di antara satu dengan yang lain.
Dengan itu,terdapat persamaan dan perbezaan di antara keduanya.
Persamaan di antara unjuran
ortografik dengan pandangan isometrik.
Di antara persamaannya ialah unjuran ortografik
mempunyai tiga pandangan iaitu pelan, hadapan dan sisi.
Rajah 6.4 menunjukkan tiga pandangan dalam unjuran
ortografik.
Rajah 6.4 Unjuran Ortografik mempunyai tiga pandangan
Dalam pandangan isometrik juga mempunyai tiga pandangan iaitu pandangan pelan, hadapan dan
sisi. Rajah 6.5 di bawah menunjukkan pandangan
isometrik yang dapat dilihat dari arah tiga pandangan.
Rajah 6.5 Pandangan Isometrik dari arah tiga pandangan
Perbezaan di antara unjuran
ortografik dengan pandangan isometrik.
Di antara perbezaan yang dapat dilihat diantara
unjuran ortografik dengan pandangan isometrik ialah objek
yang sebenar. Di dalam unjuran ortografik, objek
sebenar tidak dapat dilihat dengan jelas, kecuali pelukis
yang mahir dalam teknikal sahaja yang dapat mengambarkan objek sebenar daripada unjuran ortografik.
Rajah 6.6 menunjukkan unjuran ortografik yang hanya membayangkan objek sebenar.
Rajah 6.6 Unjuran ortografik dalam membantu melukis objek
sebenar
Dalam pandangan isometrik, objek sebenar dapat dilihat denganmudah dan pandangan pelan, hadapan dan sisi dapat diperhatikan dengan jelas dalam membantu memahami objek sebenar itu lagi. Rajah 6.7 menunjukkan pandangan isometrik yang
mengambarkan suatu
objek sebenar.
Rajah 6.7 Pandangan Isometrik yang mengambarkan objek
sebenar.
Thanks you for sharing
ReplyDelete