Papan
Lukisan
Papan lukis biasanya berukuran 60 cm x 80 cm
yang diperbuat papan jenis lembut. Kertas lukisan
diletakkan diatas papan lukis bagi memudahkan kerja – kerja
melukis dilakukan.
Rajah 1.1 Ukuran papan lukis
Kertas lukisan biasanya akan ditampal
dengan menggunakan pita atau dengan menggunakan klip. Rajah 1.2
menunjukkan kedudukan kertas lukisan di papan lukis.
Rajah 1.2 Kedudukan kertas lukisan dengan Sesiku T di
papan lukis
Kertas
lukisan.
Kertas lukisan digunakan untuk membuat sesuatu
lukisan yang dilukis menggunakan pensel.
Bagi kertas lukisan
ialah seperti berikut:
Ukuran
|
mm × mm
|
in × in
|
A0
|
841 x 1189
|
33.11 × 46.81
|
A1
|
594 x 841
|
23.39 × 33.11
|
A2
|
420 x 594
|
16.54 × 23.39
|
A3
|
297 x 420
|
11.69 × 16.54
|
A4
|
210 x 297
|
8.27 × 11.69
|
A4s
|
215 x 297
|
8.46 × 11.69
|
A5
|
148 x 210
|
5.83 × 8.27
|
A6
|
105 x 148
|
4.13 × 5.83
|
A7
|
74 x 105
|
2.91 × 4.13
|
A8
|
52 x 74
|
2.05 × 2.91
|
A9
|
37 x 52
|
1.46 × 2.05
|
A10
|
26 x 37
|
1.02 × 1.46
|
Rajah 1.3 Size kertas lukisan
Sesiku
T.
Sesiku T boleh dibahagikan kepada dua bahagian
utama iaitu bahagian kepala dan bahagian bilah. Dalam kerja–kerja lukisan,
sesiku T menjadi pemandu untuk membuat garisan lurus mendatar atau garisan
menegak dengan perantaraan sesiku sudut. Sepanjang penggunaan sesiku
T, ianya digunakan rapat dengan papan sebelah kiri. Selain itu juga,
sesiku T boleh digunakan dalam keadan condong ke atas atau ke
bawah untuk membuat garisan condong .Rajah 1.4 menunjukkan cara
menggerakkan sesiku T.
Rajah 1.4 Cara mengerakkan sesiku T
Jangkalukis
Jangka lukis sangat diperlukan dalam kerja – kerja
lukisankejuruteraan. Terdapat tiga jenis jangka lukis yang
biasa digunakan.
i. Jangka lukis panah gergasi ( Giant bow )
ii. Jangka lukis pegas susut ( Drop spring bow )
iii. Jangka lukis tradisi dan bendul ( Electrum
and Beam/trammel )
Rajah 1.5 Jenis – jenis jangka lukis
Jangka lukis digunakan untuk membentuk suatu
garisan bulatan atau lengkok. Jangka lukis terdiri daripada
dua batang yang satu hujungnya boleh bertemu dan boleh dilaraskan.
Satu hujung mengandungi jarum halus untuk diletakkan pada pusat sesuatu
bulatan,atau lengkok danhujung yang satu lagi terdapat mata pensel untuk
melukis atau membentuk garisan.
Rajah 1.6 Cara menggunakan jangka lukis
Pembahagi
Bentuk pembahagi hampir – hampir sama dengan
jangka lukis, bezanya pembahagi mempunyai dua mata jarum. Terdapat
dua jenis pembahagi iaitu:
i. Pembahagi jenis pegas
ii. Pembahagi jenis bendul dan tradisi
Rajah 1.7 Jenis – jenis pembahagi
Pembahagi digunakan untuk membahagikan sesuatu
jarak kepada beberapa bahagian yang sama atau untuk memindahkan
sesuatu jarak sekali atau berulang – ulang. Rajah 1.8 menunjukkan cara –
cara menggunakan pembahagi.
Rajah 1.8 Cara menggunakan pembahagi untuk
membahagi satu garisan
Jangka sudut
Jangka
sudut adalah satu alat yang digunakan untuk mendapatkan titik sesuatu
sudut yang dikehendaki atau untuk mengukur sesuatu sudut. Rajah 1.9 adalah
contoh jangka sudut yang digunakan dalam lukisan kejuruteraan.
Rajah 1.9 Jangka sudut vernier
Disebabkan penggunaan jangka sudut tidak begitu
kerap, sesiku sudut digunakan sebagai pengganti. Ini kerana sesiku
sudut boleh memberikan beberapa darjah sudut yang dikehendaki seperti
dalam rajah 1.10.
Rajah 1.10 Sesiku sudut
Skala/Pengukur
Skala / pengukur dalam kerja – kerja lukisan
kejuruteraan bukanlah dijadikan untuk membuat garisan, tetapi
hanya digunakan sebagai pengukur sahaja. Skala yang
digunakan mestilah dalam satu unit sahaja bagi mengelakkan kekeliruan
atau kesilapan semasa membuat pengukuran. Setelah sesuatu ukuran itu
diperolehi, pensel digunakansebagai penanda kepada ukuran tersebut. Penandaan
yang lebih tepat boleh diperoleh dengan menggunakan pembahagi atau
mata jangka lukis. Rajah 1.11 menunjukkan jenis – jenis pembaris yang
digunakan.
Rajah 1.11 Pembaris/ skala
Lengkung Perancis
Lengkung ini digunakan bagi melukis garis lengkung
yang tidak boleh dilukis dengan jangka lukis. Lengkung Perancis boleh
didapati dalam beberapa bentuk seperti dalam rajah 1.12.
Rajah 1.12 Bentuk – bentuk lengkung Perancis
Sebelum menggunakan lengkung Perancis, bentuk
lengkung yang hendak dilukis itu perlulah dilakarkan
dengan menggunakan pensel yang hitam ( HB ), tetapi garisan
itu janganlah terlalu nyata. Setelah itu barulah lengkung Perancis
digunakan, seperti dalam rajah 1.13. Kita perlu mencari satu bahagian
daripada lengkuk itu yang selari dengan garisan lakaran yang telah
dilukis.
Rajah 1.13 Cara menggunakan lengkung Perancis
Pensel
Pensel
boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu pensel kayu dan pensel mekanikal
( isian ), seperti dalam rajah 1.14. Dalam lukisan kejuruteraan, pensel
mekanikal lebih sesuai digunakan. Ini kerana pensel mekanikal tidak
perlu diasah dan dengan itu kerja – kerja lukisan akan menjadi kemas.
Pensel boleh dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu keras, sederhana dan
lembut. Setiap bahagian digunakan untuk satu tugasan sahaja seperti yang
ditunjukkan dalamjadual kumpulan pensel.
Rajah 1.14 Pensel kayu dan pensel mekanikal
Getah Pemadam
Getah
pemadam adalah satu alat lukisan yang perlu ada pada setiap pelajar.Ianya
digunakan untuk memadam garisan yang dibentuk dengan pensel. Getah
pemadam yang berkualiti tinggi diperlukan bagi mengelakkan
garisan yang dipadam tidak meninggalkan kesan kepada permukaan kertas
lukisan.
No comments:
Post a Comment